Friday, January 23, 2009

PALAPES (L) UMT












Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Laut Universiti Malaysia Terengganu ditubuhkan pada 21 hb Julai 2007 dengan ambilan pertama seramai 42 orang. Dengan bertulang belakangkan dua orang penting UMT iaitu Naib Caunselor Komandan PALAPES (L) UMT, Kepten (K) Prof. Dato’ Dr. Sulaiman Yasin PSSTLDM dan Timbalan Komanden PALAPES (L) UMT, Komander (K) Prof. Madya Haji Zainal Ashirin bin Sahardin PSSTLDM telah membawa kepada sejarah penubuhan PALAPES (L) UMT. Sesi temuduga kadet baru telah berlangsung pada Minggu Jalinan Mesra 07/08 yang diketuai oleh bekas Pegawai Staf PSTL Chendering Leftenan Komander Nol Shahkirin Bin Md Shariff TLDM. Daripada 300 orang pelajar yang memohon, seramai 120 pelajar telah dipilih untuk meneruskan temuduga. Selepas lima peringkat temuduga yang menyukarkan, 42 orang kadet telah berjaya dan layak untuk menjadi pegawai kadet. Bagi pegawai kadet, temuduga terakhir bersama Kepten Halim bin Dato Haji Maulud merupakan temuduga yang paling sukar kerana temuduga adalah dalam Bahasa Inggeris. Untuk menjadi seorang pegawai PALAPES (L), pemohon seharusnya sihat tubuh badan samada dari segi mental dan fizikal, menpunyai penglihatan 6/10, menpunyai tinggi sekurang-kurangnya 160 cm untuk lelaki dan 145 cm untuk perempuan, BMI yang normal dan lulus bahasa Inggeris.

Sepanjang tempoh sesi 2007/2008 pegawai kadet ambilan pertama telah melakukan pelbagai aktiviti. PALAPES (L) UMT mengadakan aktiviti pada hari Rabu dan Sabtu. Bermula dengan tapisan keselamatan yang telah diadakan pada 26hb September 2007 tapisan keselamatan memastikan taraf seorang pegawai kadet adalah bersih daripada kes-kes jenayah supaya kad Bat. C 20 dapat dikeluarkan. Bat. C 20 merupakan kad pengenalan tentera untuk membezakan diantara orang awam dengan seorang pegawai TLDM.

Pegawai kadet telah dibekalkan dengan uniform lengkap, iaitu 2D, 2B, No. 1, dan night rig. Pegawai kadet turut menerima allowance sebanyak RM 4.00 sejam setiap kali datang atau mengikuti eksesais yang diadakan di bawah TLDM.
Akhir kata, PALAPES (L) UMT adalah satu kebanggaan UMT dan perhargaan yang teramat kepada pelopor PALAPES (L) UMT iaitu Naib Caunselor Komandan PALAPES (L) UMT, Kepten (K) Prof. Dato’ Dr. Sulaiman Yasin PSSTLDM dan Timbalan Komanden PALAPES (L) UMT, Komander (K) Prof. Madya Haji Zainal Ashirin bin Sahardin PSSTLDM.

No comments:

Post a Comment