Sunday, January 25, 2009

24hb - 26hb Julai 2008 -KD Sri Medini menerima kunjungan PALAPES (L) UMT

Seramai 30 orang PK ambilan 1/2007 telah menyertai lawatan ke KD Sri Medini, Johor Darul Takzim. Perjalanan yang mengambil lebih kurang 10 jam dari UMT menyebabkan untuk bas bermula bertolak pad jam 2030H pada 23hb Julai 2008.


PALAPES (L) UMT berkesempatan untuk meyaksikan dan terlibat untuk upacara colours di KD Sri Medini.

Berobjektifkan untuk memupuk hubungan silaturahim diantara PALAPES (L) UMT dengan PSSTLDM KD Sri Medini dan PALAPES (L) UTM. Perlawanan persahabatan untuk bola tampar lelaki dan perempuan serta futsal telah diadakan.


Pada sebelah petang, PK diberi shore leave di mana PK berkesempatan untuk pergi ke Danga Bay. Kebetulan pada hari itu merupakan Flora Fest peringkat kebangsaan.



Pada sebelah malam, malam mesra telah diadakan. Seperti biasa, berkaraeoke merupakan agenda utama malam itu. Pegawai Staf PSTL Chendering Lt. Eruddin bin Bujang TLDM turut bertukar cenderamata dengan Pegawai Staf KD Sri Medini.

PK turut berkesempatan untuk melawat sambil makan tengahari di rumah Pegawai Staf PSTL Chendering, Lt. Eruddin B. Bujang pada 26hb Julai sebelum meneruskan perjalanan balik ke UMT.

14hb Julai 2008 - Kawalan Keselamatan PALAPES (L) UMT untuk Majlis Konvokesyen UMT ke-6

Pada 14hb Julai 2008, Universiti Malaysia Terengganu mengadakan konvokesyen ke-6 di Dewan Sultan Mizan. Konvokesyen ini merupakan suatu majlis yang besar di mana Canselor UMT Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah turut menghadiri. Hadirin yang lain termasuk Naib Canselor UMT, pensyarah-pensyarah, graduan-graduan serta keluarga mereka. PALAPES (L) UMT telah berkerjasama dengan unit beruniform seperti WATANIAH, SISPA dan SUKSIS untuk mengawal dan menjaga keselamatan selama minggu kovokesyen.


21hb Jun 2008 - Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES IPTA ke-27

DYMM Tuanku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Ja’afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman, merangkap Canselor UKM telah berkenan mencemar Duli bagi menyempurnakan Istiadat Pentauliahan dan Pengurniaan Watikah Tauliah DiRaja kepada Pegawai Kadet PALAPES IPTA Ke-27 bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Seramai 442 Pegawai Kadet PALAPES daripada ketiga-tiga cawangan tentera iaitu Laut, Darat dan Udara telah di tauliahkan di dalam Istiadat Perbarisan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah yang telah dilaksanakan di Padang Kawad Universiti Kebangsaan Malaysia pada 21 Jun 2008 yang lalu. Pentauliahan ini diberi kepada pegawai palapes yang berjaya menjalani kursus selama 3 tahun dan syarat bagi pentauliahan mendapatkan Leftenan Muda dalam TLDM ialah mesti mengikuti kursus palapes Tahun 1 dan 2 di Kolej Diraja Sultan Idris 1 selama 2 minggu.




Turut hadir dalam istiadat ini ialah ketiga-tiga Panglima Tertinggi ATM bagi menyuntik semangat kepada Pegawai-pegawai Kadet yang terlibat dalam perbarisan tersebut. Pegawai Kadet PALAPES Laut Universiti Malaysia Terengganu dari Pengambilan 1/2007 juga dijemput untuk menyaksikan upacara Istiadat yang dijalankan. Mereka diiringi oleh 2 Jurulatih dari PSTL CHENDERING dan Pegawai PSSTLDM yang diperjawatkan di Universiti Malaysia Terengganu.

7hb - 16hb Mei 2008 - Pelayaran MV MAHSURI

Pegawai Kadet Palapes Laut Universiti Malaysia Terengganu ambilan 1/2007 julung kalinya telah diberi kesempatan untuk mengikuti latihan pelayaran di atas kapal MV MAHSURI.

Seramai 48 pegawai kadet yang diiringi oleh Timbalan komandan PALAPES (L) UMT Komander Prof Madya Haji Zainal Ashirin bin Shahardin PSSTLDM dan 10 orang jurulatih TLDM telah terlibat di dalam latihan ini.
Pelbagai ilmu pelayaran dan kelautan telah dipelajari sepanjang aktiviti pelayaran ini. Pegawai Kadet telah diajar untuk melayarkan kapal MV MAHSURI, kerja-kerja carta, mengendalikan radar, awasan dan penempatan, serta membuat laporan pelayaran. Turut diadakan adalah latihan melawan kebakaran (NBCD) diatas kapal dan latihan menyelamat MOB (Man Over Board). Kuliah dan amali juga turut diadakan di mana pelbagai evolusi di laut termasuk menunda belakang (kapal pembekal), tali balingan, tali ringan, operasi terobos (cara melalui kawasan bebas periuk api), Pelajaran Laberang dan bersauh, latihan komunikasi termasuk ‘flashing’ dan ‘Morse Code’. Kuliah dan amali dikendalikan oleh Pegawai Kapal MV MAHSURI dan jurulatih TLDM yang diketuai oleh LT. Errudin bin Bujang TLDM, BM KMR Mohd Asri bin Kassim, BM PPP (GI) Omar Baki bin Yahaya dan LK TMK Mohd Suffian bin Harun. Pegawai kadet juga diberi peluang untuk memasak di galley bersama chef kapal dan menyediakan enam hidangan sehari.

Aktiviti yang paling menjadi kenangan manis kepada Pegawai Kadet adalah mereka berpeluang menyaksikan LATIHAN BERSAMA SHIELD ‘08. Latihan ini merupakan latihan boarding Tentera Laut dari lima buah negara iaitu Malaysia, Singapura, United Kingdom, Australia, and New Zealand dan sebuah kapal selam kepunyaan Tentera Laut Singapura. Pegawai kadet telah didedahkan dengan latihan ini dan beberapa orang pegawai kadet telah di pilih melakonkan watak ‘lanun’ untuk melengkapkan latihan ini. Selain itu, pegawai kadet juga telah didedahkan dengan fomarsi peperangan di laut.


Pelayaran ini sudah pasti telah memanfaatkan pegawai kadet kerana pelbagai ilmu tentang kepelautan telah diperolehi. Peluang untuk melihat dengan sendiri kapal-kapal perang TLDM seperti KD Lekir, KD Laksamana Tun Abdul Jamil dan negara-negara luar seperti HMS Endinburgh termasuk sebuah kapal selam dari Singapura. Latihan ini nescaya memberi seribu satu kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh semua Pegawai Kadet PALAPES (L) UMT. Penghargaan yang tidak terhingga kepada Komandan PALAPES (L) UMT, Kept. (K) Prof. Dato’ Dr. Sulaiman Yasin PSSTLDM, yang telah memberi sokongan padu kepada Pegawai Kadet untuk mengikuti eksesais ini.









Saturday, January 24, 2009

25hb April 2008 - Birthday Bash PK PALAPES (L) UMT

PK PALAPES (L) UMT ambilan 1/2007 telah mengadakan satu birthday bash untuk meraikan hari lahir semua PK sepanjang sesi 2007/2008. Turut meraikan majlis ini adalah bekas Sub Lt. Puan Intan, Chief Asri dan GI Omar.

27hb - 29hb Mac 2008 - FOMDEX

Pegawai kadet PALAPES (L) Universiti Malaysia Terengganu ambilan 1/2007 telah mengikuti latihan tahunan iaitu FOMDEX bertempat di Rekreasi Air Terjun Chemerong, Bukit Besi, Dungun, Terengganu.

Aktiviti pertama dilakukan selepas solat asar ialah ‘Water Confident’. Dalam aktiviti ini, pegawai kadet akan menyeberangi air terjun dengan bantuan tali dan sebagai langkah keselamatan, jaket keselamatan dipakai pada kali pertama merentasi air terjun dan sebaliknya pada kali kedua. Semasa aktiviti dijalankan, terdapat juga anggota yang lemas tetapi perkara ini tidak menjejaskan semangat pagawai kadet untuk meneruskan aktiviti.


Pada hari kedua, aktiviti pertama dimulakan dengan mendaki gunung, iaitu Gunung Berembun dengan jarak 6700 m iaitu sekurang-kurang 2 jam perjalanan. Apabila tiba ditempat yang dituju, pegawai kadet dikehendaki memasak untuk makan tengah hari. Selepas itu, pegawai kadet diberi kebenaran bermain air terjun. Air terjun di Gunung Berembun sangat tenang, mempesonakan dan masih bersih dari pencemaran sampah-sarap.



Melalui latihan FOMDEX ini, banyak perkara dan pengetahuan am yang dapat dipelajari oleh PK antaranya ialah upacara ‘colours’ dan ‘sunset’.

11hb Februari 2008 - Lawatan Bekas Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ramlan Mohamed Ali TLDM

Bekas Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ramlan Mohamed Ali TLDM telah menjejakkan kaki di Universiti Malaysia Terengganu untuk Majlis Penganugerahan Tauliah dan Pemakaian Pangkat kepada Komandan Kehormat Prof. Dato’ Dr. Sulaiman bin Mat Yassin dan Timbalan Komandan Kehormat Prof. Madya Hj. Zainal Ashirin bin Shahardin. Syor ke atas penganugerahan tauliah Kept. (Kehormat) PSSTLDM telah diluluskan sebagai Komandan PALAPES Laut (TLDM) Universiti Malaysia Terengganu dan mula berkuatkuasa pada 31 Oktober 2007. Manakala Penganugerahan Tauliah Komander (Kehormat) PSSTLDM juga telah diluluskan selaku sebagai Timbalan Komandan PALAPES Laut Universiti Malaysia Terengganu pula berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2007. Penganugarahan ini telah diperkenan oleh Seri Paduka baginda yang Dipertuan Agung ke atas syor Majlis Angkatan Tentera ke-464 yang bersidang pada 31 Oktober 2007 yang lalu.