Saturday, January 24, 2009

26hb November - 6hb Disember 2007 - Kursus Orientasi PK PALAPES (L) UMT

Menjadikan Pusat Kokurikulum Kuala Berang, Terengganu sebagai tempat orientasi, seramai 56 pegawai kadet PALAPES (L) UMT telah mencabar mental dan fizikal masing-masing. Latihan selama 10 hari ini yang dimulakan dengan aktiviti physical training oleh LK 1 PTI Syawal telah melihatkan luka dan darah PK. Namun, PK tetap meneruskan latihan dengan harapan untuk menjadi seorang PK yang berkaliber, berdisiplin dan berkepimpinan tinggi.




Pelbagai ilmu telah dipelajari sepanjang orientasi. Semangat berkerjasama dalam sepasukan telah diterapkan dan ini secara tidak langsung menjalinkan hubungan silaturahim antara PK dan PK dengan jurulatih.

Pada malam terakhit orientasi, malam mesra telah diadakan dan dif-dif jemputan yang terdiri daripada bekas pegawai staf PSTL Chendering, Lt. Kdr. Nol Shahkirin Bin Md Shariff TLDM turut datang untuk memeriahkan majlis.

Pada malam itu, acara tidak berakhir di situ saja kerana PK terpaksa berjalan lasak ke lapang sasar Kuala Berang, Terengganu untuk latihan penembakan kedua iaitu sejauh 16 KM dari tapak orientasi. Dalam keadaan hujan lebat, PK telah mengharungi onak duri pahit getir perjalanan dan tiba tepat jam 0700H.



Latihan menembak ini telah disertai oleh Naib Caunselor Komandan PALAPES (L) UMT, Kepten (K) Prof. Dato’ Dr. Sulaiman Yasin PSSTLDM.


Pada masa yang sama, Naib Caunselor Komandan PALAPES (L) UMT, Kepten (K) Prof. Dato’ Dr. Sulaiman Yasin PSSTLDM turut menganugerahkan Pegawai Kadet terbaik kepada PK Aisamuddin B. A. Jalil dan PK Hafizah Bt. Mas Hassan.

Latihan menembak selesai tepat jam 1830H dan PK meneruskan aktivit berjalan lasak sejauh 16 KM ke tapak orientasi. Walaupun melecet dan diserang pacat, ini merupakan kursus orientasi yang paling berharga untuk Pegawai Kadet PALAPES (L) UMT ambilan 1/2007!!!!!

No comments:

Post a Comment