Sunday, January 25, 2009

7hb - 16hb Mei 2008 - Pelayaran MV MAHSURI

Pegawai Kadet Palapes Laut Universiti Malaysia Terengganu ambilan 1/2007 julung kalinya telah diberi kesempatan untuk mengikuti latihan pelayaran di atas kapal MV MAHSURI.

Seramai 48 pegawai kadet yang diiringi oleh Timbalan komandan PALAPES (L) UMT Komander Prof Madya Haji Zainal Ashirin bin Shahardin PSSTLDM dan 10 orang jurulatih TLDM telah terlibat di dalam latihan ini.
Pelbagai ilmu pelayaran dan kelautan telah dipelajari sepanjang aktiviti pelayaran ini. Pegawai Kadet telah diajar untuk melayarkan kapal MV MAHSURI, kerja-kerja carta, mengendalikan radar, awasan dan penempatan, serta membuat laporan pelayaran. Turut diadakan adalah latihan melawan kebakaran (NBCD) diatas kapal dan latihan menyelamat MOB (Man Over Board). Kuliah dan amali juga turut diadakan di mana pelbagai evolusi di laut termasuk menunda belakang (kapal pembekal), tali balingan, tali ringan, operasi terobos (cara melalui kawasan bebas periuk api), Pelajaran Laberang dan bersauh, latihan komunikasi termasuk ‘flashing’ dan ‘Morse Code’. Kuliah dan amali dikendalikan oleh Pegawai Kapal MV MAHSURI dan jurulatih TLDM yang diketuai oleh LT. Errudin bin Bujang TLDM, BM KMR Mohd Asri bin Kassim, BM PPP (GI) Omar Baki bin Yahaya dan LK TMK Mohd Suffian bin Harun. Pegawai kadet juga diberi peluang untuk memasak di galley bersama chef kapal dan menyediakan enam hidangan sehari.

Aktiviti yang paling menjadi kenangan manis kepada Pegawai Kadet adalah mereka berpeluang menyaksikan LATIHAN BERSAMA SHIELD ‘08. Latihan ini merupakan latihan boarding Tentera Laut dari lima buah negara iaitu Malaysia, Singapura, United Kingdom, Australia, and New Zealand dan sebuah kapal selam kepunyaan Tentera Laut Singapura. Pegawai kadet telah didedahkan dengan latihan ini dan beberapa orang pegawai kadet telah di pilih melakonkan watak ‘lanun’ untuk melengkapkan latihan ini. Selain itu, pegawai kadet juga telah didedahkan dengan fomarsi peperangan di laut.


Pelayaran ini sudah pasti telah memanfaatkan pegawai kadet kerana pelbagai ilmu tentang kepelautan telah diperolehi. Peluang untuk melihat dengan sendiri kapal-kapal perang TLDM seperti KD Lekir, KD Laksamana Tun Abdul Jamil dan negara-negara luar seperti HMS Endinburgh termasuk sebuah kapal selam dari Singapura. Latihan ini nescaya memberi seribu satu kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh semua Pegawai Kadet PALAPES (L) UMT. Penghargaan yang tidak terhingga kepada Komandan PALAPES (L) UMT, Kept. (K) Prof. Dato’ Dr. Sulaiman Yasin PSSTLDM, yang telah memberi sokongan padu kepada Pegawai Kadet untuk mengikuti eksesais ini.









No comments:

Post a Comment