Sunday, January 25, 2009

21hb Jun 2008 - Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES IPTA ke-27

DYMM Tuanku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Ja’afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman, merangkap Canselor UKM telah berkenan mencemar Duli bagi menyempurnakan Istiadat Pentauliahan dan Pengurniaan Watikah Tauliah DiRaja kepada Pegawai Kadet PALAPES IPTA Ke-27 bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Seramai 442 Pegawai Kadet PALAPES daripada ketiga-tiga cawangan tentera iaitu Laut, Darat dan Udara telah di tauliahkan di dalam Istiadat Perbarisan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah yang telah dilaksanakan di Padang Kawad Universiti Kebangsaan Malaysia pada 21 Jun 2008 yang lalu. Pentauliahan ini diberi kepada pegawai palapes yang berjaya menjalani kursus selama 3 tahun dan syarat bagi pentauliahan mendapatkan Leftenan Muda dalam TLDM ialah mesti mengikuti kursus palapes Tahun 1 dan 2 di Kolej Diraja Sultan Idris 1 selama 2 minggu.




Turut hadir dalam istiadat ini ialah ketiga-tiga Panglima Tertinggi ATM bagi menyuntik semangat kepada Pegawai-pegawai Kadet yang terlibat dalam perbarisan tersebut. Pegawai Kadet PALAPES Laut Universiti Malaysia Terengganu dari Pengambilan 1/2007 juga dijemput untuk menyaksikan upacara Istiadat yang dijalankan. Mereka diiringi oleh 2 Jurulatih dari PSTL CHENDERING dan Pegawai PSSTLDM yang diperjawatkan di Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment